Monday, 2 October 2017









NAMA & KOD KURSUS : DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
ITEM PB : KERTAS KERJA E-FOLIO (30%) SEMESTER : 5
TOPIK : CABARAN KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
TAJUK : AMALAN GOTONG ROYONG DALAM MENGERATKAN PERPADUAN KAUM
NAMA PENSYARAH : USTAZ  MOHD KHIR JOHARI BIN ABAS



PENGENALAN


Persekitaran yang bersih , kondunsif dan selamat sangatlah penting supaya dapat mewujudkan keadan yang tenang kepada kita semua. Antara salah satu cara untuk mencapai matlamat ini adalah dengan mengadakan gotong royong.

Gotong royong adalah sesuatu sikap dan kegiatan yang dilakukan oleh sekumpulan atau masyarakat secara kerjasama ataupun tolong menolong dalam melakukan pembersihan dengan sukarela tanpa ada sebarang paksaan.

Aktiviti ini merupakan aktiviti yang sangat bagus untuk dilakukan di kejiranan kerana aktiviti ini dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat antara jiran. Aktiviti ini juga dapat memastikan kawasan tempat tinggal bersih dan menjadikan kawasan tempat tinggal lebih selesa dan sekaligus dapat menjadikan tempat tinggal bebas dari penyakit seperti nyamuk Aedes.

Pada zaman globialisasi ini , anak muda kurang berminat dengan aktiviti seperti ini kerana lebih minat dalam permainan digital. Kerajaan ataupun agensi yang terlibat perlu berkerjasama agar dapat menarik minat generasi anak muda ini. Aktiviti seperti ini perlu diterapkan dalam generasi muda zaman sekarang agar ia dapat menjamin masa depan yang lebih bersih pada masa akan datang..



Daripada keratan akhbar di atas , kita dapat menyimpulkan bahawa aktiviti ini semakin pupus di kalangan masyarakat kita. Ini kerana golongan dari semua generasi mempunyai minat atau aktiviti masing masing. Ini kerana aktiviti gotong royong tidak dipupuk dengan baik dari kecil. Jadi aktiviti ini dipandang rendah dan seperti tiada kebaikan pada kita semua.

Salah satu punca aktiviti ini kurang diminati oleh generasi muda kerana aktiviti yang amat membosankan , golongan berumur hanya mengarah golongan muda untuk melakukan semua aktiviti seperti mereka tidak terlibat langsung dalam aktiviti ini. Ia juga amat membosankan kerana aktiviti ini tidak diselitkan dengan acara hiburan seperti cabutan bertuah atau sebagainya.


Gotong royong sangat bermanfaat kepada kita semua. Jadi marilah kita cuba mencuba aktiviti gotong royong ini. Terdapat pelbagai kebaikan dan manfaat dalam melakukan aktiviti gotong royong ini.


OBJEKTIF


Pertama sekali ialah memberi kesedaran tentang kepentingan gotong-royong di antara kaum. Pada ketika ini, kesedaran tentang pentingnya gotong royong semakin pudar tidak kira kaum sama ada Melayu, India mahupun Cina. Tanpa kesedaran bertapa pentingnya gotong royong akan mnyebabkan amalan mulia ini akan pupus ditelan zaman.

Seterusnya, mengenalpasti masalah aktiviti gotong-royong yang semakin pudar pada masa kini. Tanpa membuat kajian tentang masalah gotong royong yang semakin pudar kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut dan akan menjadi lebih teruk dan berisiko tinggi. Dengan ini , mengenalpasti masalah merupakan objektif paling penting bagi kajian ini. Dengan masalah-masalah yang telah dianalisi dapat menyusun dan mngambil tindakan bagi menyelesaikannya.

Akhir sekali, menerapkan semangat bergotong royong di antara kaum. Dengan amalan bergotong royong akan dapat perkara-perkara yang positif dan berfaedah. Salah satunya dapat mengeratkan silaturrahim antara kaum. Masalah antara kaum di Malaysia dapat dikurangkan. Malaysia yang merupai nergara pelbagai kaum akan menjadi lebih harmoni dengan amalan yang kecil ini.

KEBAIKAN GOTONG-ROYONG
Kebaikan mengamalkan amalan gotong-royong atau kerjasama ini ialah amalan ini mewujudkan semangat positif anatara ahli-ahli masyarakat terutamanya untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan secara berkesan. Amalan ini memberikan satu semangat kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun akan mampu diselesaikan dengan begitu baik sekali kerana semua pihak menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua perkara yang dialami oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja. Jelaslah, amalan ini dapat memupuk semangat kerja sama.

Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum amat penting dikalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin sacara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan damai

Bergotong-royong juga boleh membuat kawasan persekitaran menjadi bersih. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar ‘indah khabar dari rupa’. Amalan gotong-royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti Aedes.

Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui bertapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh diperaktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa dikawasan setempat

Dalam agama Islam juga turut mementingkan kebersihan kerana kebersihan juga adalah salah satu lambang seseorang itu muslim. ‘Kebersihan itu sebahagian daripada iman’ sudah menjadi tema kebersihan bagi orang-orang Islam sama ada sedar ataupun tidak ia adalah sebuah Hadis baginda Rasulullah S.A.W berkaitan dengan kebersihan. Oleh itu, sebagai muslim kita sepatutnya menyertai aktiviti gotong-royong ini supaya alam sekitar sentiasa terpelihara.


SEBAB-SEBAB AMALAN GOTONG-ROYONG SEMAKIN PUDAR


Kesibukan

Tidak sedikit orang pun yang disibukkan dengan pekerjaan mereka, sehingga hampir tiada waktu untuk kegiatan-kegitan yang bersifat sosial kemasyarakatan. Bahkan, ada orang yang rela mengeluarkan wang untuk membayar orang lain untuk mewakili mereka saat ada aktiviti gotong royong dijalankan.


Malas

Alasan ini merupakan alasan klasik, namun alasan inilah yang selalu muncul di masyarakat. Rasa malas adalah perasaan yang dimiliki oleh hampir semua orang, oleh sebab itu saat orang merasa malas maka apapun kegiatannya mereka merasa tidak mahu untuk aktif, tidak terkecuali saat ada kegiatan gotong royong.


Anti- Sosial

Sering adanya bantuan dari pemerintah membuat permasalahan tersendiri di masyarakat, hal ini tidak lepas dari pembagian bantuan yang terkadang tidak tepat sasaran. Bahkan, berkembang dalam masyarakat terkait bantuan yang seharusnya dibagi rata. Nah, kecemburuan dan rasa iri inilah yang terkadang membuat orang jadi tidak mahu melakukan aktiviti seperti gotong royong dan lain-lain.
Ego orang yang besar terkadang membuat orang menjadi kurang bersosial, enggan bergaul dan endah tak endah terhadap kegiatan-kegiatan kemasyarakatan di kawasan perumahan sendiri.


Pangkat/Darjat
Sesetengah masyarakat mementingkan darjat atau pangkat mereka, kerena tidak mahu melakukan kerja kotor seperti bergotong-royong bersama masyarakat lain. Mereka rela berdiam diri di rumah dan memberi upah kepada pekerjanya untuk menggantikan tempatnya di aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong dan lain-lain.


LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN MELALUI AKTIVITI GOTONG ROYONG

      Kita tidak dapat menafikan bahawa banyak kebaikan yang diperoleh oleh masyarakat daripada amalan bergotong-royong. Menyedari hal ini, kerajaan berusaha untuk menanam kembali amalan ini dalam kalangan masyarakat. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk menarik perhatian dan minat masyarakat terhadap amalan bergotong-royong. Antaranya ialah melaksanakan kempen dengan berkesan. Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan bergotong-royong serta sebagai rangsangan untuk melibatkan masyarakat dalam amalan ini. Sejak di bangku sekolah lagi, amalan murni ini diterapkan supaya kerja murni bermasyarakat ini akan terus lestari seiring dengan kemajuan Negara. Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama masyarakat luar dari rumah mereka agar keberadaan mereka di hargai dan dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya dalam usaha melaksanakan sesuatu yang berfaedah demi kesejahteraan umum. Sekolah sebagai rumah kedua generasi muda wajar menerapkan amalan mulia inin dalam aktiviti-aktiviti sekolah Seperti Hari Guru, Sukan Tahunan Sekolah, Gotong-Royong dan Hari Anugerah Cemerlang.


     Selain itu, badan-badan kerajaan atau sukarelawan harus bergerak lebih maju dan efisien dalam usaha menaikkan semangat gotong-royong kembali. Ceramah, forum, dan kempen kejiranan yang tersusun dan berkala boleh diusahakan sebagai satu inisiatif menyebarkan maklumat yang berguna tentang gotong-royong kepada orang ramai. Lebih elok lagi jika mereka turut bersama-sama masyarakat setempat membantu rancangan mereka. Contohnya, sebuah pertubuhan sukarelawan di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) bekerjasama dengan warga setempat mengutip plastic kaca dan kertas terpakai untuk dikitar semula. Pencapaian badan sukarelawan ini patut diberi pujian.


CONTOH GOTONG-ROYONG


Melakukan aktiviti menyapu sampah
IMG_256


Membersihkan lonkang taman bagi mengelakkan pembiakan aedes

IMG_256










Menebang pokok yang terjajar dan membersihkan kawasan taman

IMG_256


Melakukan aktiviti bercucuk tanam secara besar-besaran
IMG_256








KEPENTINGAN GOTONG ROYONG UNTUK MENGERATKAN PERPADUAN

Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk membolehkan negara pergi lebih jauh. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dapat dinafikan gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif.


 Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong boleh merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci. Rasa kekitaan,prihatin,dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini.

Hal ni berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya dapat membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian. Lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.


Bak kata pepatah Melayu; “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Demikian juga tentang kerja gotong-royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga belanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip gotong-royong. Pihak kerajaan telah menetapkan bahawa setiap penempatan warganegara di Malaysia mempunyai satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK).

Fungsinya untuk menjana kegiatan gotong-royong setempat, khususnya untuk kepentingan umum. Isu ini jika ditelusuri secara mendalam, banyak wang, masa, dan tenaga telah dijimatkan kerana ahli masyarakat akan bekerjasama mencapai sesuatu perkara.

Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka akan bekerjasama membersihkannya dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggung belanja perubatan kerana sakit akibat kesan jangka panjang daripada gundukan sampah yang tidak sempurna diuruskan itu. 


Kesimpulan

Kesimpulannya,dengan aktiviti gotong royong ini,pelbagai kebaikan akan dapat kita perolehi dan ia juga merupakan satu medium yang bagus dalam mengeratkan hubungan silaturrahim di negara kita yang terdiri dari pelbagai bangsa.Ini adalah penting lebih-lebih lagi dalam negara kita yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya yang telah bersama hidup dari zaman dulu lagi bagi mengekalkan keamanan negara dan menguatkan lagi negara dan mengelak dari terjadinya lagi peristiwa 13May 1969 di mana negara kita kucar kacir kerana terjadinya perpecahan kaum.

Adalah penting untuk semua pihak turut memberikan kerjasama dan sentiasa menyertai aktiviti gotong royong ini.Ibu bapa disarankan untuk mendidik anak-anak mereka untuk turun padang dalam aktiviti ini sejak kali lagi untuk meruntuhkan tembok perkauman di negara kita.Pepatah Melayu juga pernah berkata “meluntur buluh biarlah dari rebung”.Pihak sekolah juga perlu kerap melalukan aktiviti gotong royong di sekolah di samping guru sebagai pendidik anak bangsa perlulah memberikan nasihat,tunjuk ajar dan kebaikan yang boleh dikecapi dalam aktiviti gotong royong ini selain menunjukkan contoh yang baik agar dapat diikuti oleh anak muda

Media massa juga perlu memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan tentang kebaikan-kebaikan gotong royong dan menjadi medium penghantar maklumat tentang aktiviti gotong royong kepada semua masyarakat.Semua masyarakat perlu sedar betapa berfaedahnya jika amalan bergotong royong ini sentiasa diutamakan

Akhir sekali,jelas dan teranglah matlamat pihak kerajaan yang selama ini mengadakan pelbagai aktiviti dan program-program bagi memupuk hubungan silaturrahim antara kaum.Terutamanya program-program bagi pelajar yang masih di bangku sekolah lagi.Ini kerana amalannya perlu disemai sejak dari awal lagi supaya kesannya akan cepat terlihat suatu hari kelak.



LAMPIRAN

Keratan akhbar





Gambar







RUJUKAN

·       https://www.jpnin.gov.my

No comments:

Post a Comment